Kembara di London (Bahagian Ketiga)
Di Malaysian Hall, saya dan Mushtak ambil nasi campur ayam masak kicap dan sambal belacan. Saya tambah ikan kering sebagai pembuka selera. Inilah makanan yang paling sedap kepada saya dalam tempuh 72 jam. Lebih sedap ada teh o ais dan bubur kacang sebagai pemanis mulut.
Makanan enak bersama kawan2 adalah satu nikmat. Kami sembang dan sembang. Banyak perkara dan tema yang disembang. Tapi semuanya nampak keletihan. Saya dan Mushtak meminta diri kerana saya tidak mampu susahkan beliau. Beliau menghantar saya balik ke hotel berhampiran Marble Arch. Saya dikhabarkan Marble Arch ini adalah tempat gantung penjenayah di masa Victorian.
Dalam kereta, Mushtak mengajak saya untuk menerokai pasaran Afrika pula sebab beliau aktif di sana. Saya tidak beritahu bahawa saya sudah give up dengan pasaran di Afrika...banyak yang bengkok. Amalan yang bengkok ini nampaknya tidak ada bangsa dan agama. Ia adalah agama baharu iaitu agama nak kaya cepat dengan mengambil harta orang melalui pangkat dan kedudukan.
Di waktu pagi, seawal jam 630 pagi, saya sudah berada di Hyde Park untuk aktiviti jalan pagi saya. Saya namakan aktiviti ini jalan sihat & jalan minda. Anggota badan dan organ minda bergerak sepanjang aktiviti berjalan ini.
Tepat jam 830 pagi, saya berjumpa dengan seorang rakan kewangan Islam terkanan di Habib Bank untuk sarapan. Kami berbincang strategi bagaimana membawa kewangan Islam masuk Kanada.
Jam 930 pagi, saya berjumpa dengan Us Ramadhan Fitri, pelajar PhD di SOAS. Beliau juga adalah pegawai kanan Maybank Islamic. Bagi saya, beliau adalah ilmuan masa depan yang akan bersinar dengan keilmuan, personaliti dan kerendahan diri. Beliau akan viva dalam masa sebulan.
Kemudian saya sempat berjuma dengan Dr Badri dari Institute of Advance Islamic Studies yang kebetulan berada di London untuk satu seminar. Dr Badri adalah penulis buku Maqasid Syariah. Kemudian Sr Nik Azmi dari Education Malaysia Global Services turut sama dalam sembang2. Masa agak terhad sebab saya kena ke airport jam 11.05 pagi.
Kenyang rasanya selama 3 jam berbicara minda dengan pelbagai personaliti. Apakah take away dari kembara London kali ini? Sambung.....
MDB
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過0的網紅Pamme Lim,也在其Youtube影片中提到,✩ DISCOUNT VOUCHER → https://bit.ly/2Ahg7oc Please download this file to redeem your discount voucher from the Tourist Information once you have arriv...
marble arch london hotel 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
Aktiviti Sarat di London
Semalam adalah cukup istimewa di kota London. Padat dan sarat dengan pelbagai aktiviti.
Seawal 8 pagi, saya meninggalkan hotel dalam kesesakan trafik dari Portman Square ke Canon Street bagi mesyuarat pertama di Bank of London and Middle East. Saya adalah salah seorang dari Badan Pengawasan Shariah di BLME. Pengerusinya adalah Dr Abdul al-Aziz al-Qassar dari Kuwait. Kami satu batch di Fakulti Syariah di Universiti Kuwait dan juga selalu berkongsi senarai Dekan hampir setiap semester.
Sebelah petang, saya berjumpa pengurus Wealth Managenent berpusat di London tapi menguruskan beberapa Family Office di Negara Teluk dan Brunei. Saya akan cerita di masa hadapan apa itu Family Office dan kepentingannya dalam lanskap kewangan dan pelaburan. (Photo sesi ini tak ada).
Kemudian saya ditemankan Ust Ramadhan Fitri bergegas memasuki terowong bawah tanah menaiki tiub London untuk ke SOAS, Universiti London. Selepas tiga perhentian, kami sampai di Marble Arch dan terus berjalan laju dalam cuasa yang hujan dan basah.
Apabila sampai sahaja di SOAS, ada sesi minum petang ringkas bersama Dr Jonathan dan Nick Forest, dua tokoh akademik di SOAS yang telah menyelia ramai pelajar termasuk pelajar2 dari Malaysia. Saya menghadiahkan buku saya Shariah Minds and Shariah is Life kepada masing2. Kemudian saya ada sesi inteklual di SOAS atas tajuk Syariah and Fintech.
Selepas saja selesai, bergegas pula ke Malaysian Hall. Terimakasih kepada tiub London. Sempat sampai dalam masa yang cepat. Tajuk syarahan saya adalah Ethics and Maqasid. Kedua2 syarahan ini boleh diikuti dalam FB Mohd Daud Bakar dan Minda Syariah.
Terima kasih kepada semua yang mengatur semua program khususnya Us Ramadhan Fitri. Semoga urusan PhD anda selesai secepat mungkin. Mungkin para peserta mendapat sedikit sebanyak faedah tetapi saya sebenarnya yang paling banyak belajar apabila memberi syarahan dan artikulasi. Minda akan memproses segala maklumat dan isu dan dalam proses itu, teori dan cara fikir baru akan timbul.
Tajuk atau tema hangat sepanjang dua syarahan ini adalah algorisma khususnya algorisma Syariah. Kita sambung nanti. Masa untuk bejalan pagi di London dah sampai.
MDB
marble arch london hotel 在 Pamme Lim Youtube 的精選貼文
✩ DISCOUNT VOUCHER → https://bit.ly/2Ahg7oc
Please download this file to redeem your discount voucher from the Tourist Information once you have arrived in Bicester Village.
✩ SHOPPING EXPRESS DISCOUNTS:
Promo Code → BVTHAILAND
Booking → https://bit.ly/2Olf0XH
✩ THAI VERSION: coming soon
✩ ABOUT BICESTER VILLAGE:
#BicesterVillage offers goods from some of the most internationally recognised brands with attractive discounted prices. They are located near Oxford, and a train ride away from London, UK.
From 1st Oct 2018, there will be updates regarding the London hotels pickup locations as follow:
09.15 Golden Tours Office, Fountain Square, Victoria
09.35 Cumberland Hotel, Great Cumberland Place, Marble Arch
10.00 Hilton Kensington Hotel, Holland Park Avenue
This video is the first video of #TheLondonSeries.
✩ Similar Videos:
WERTHEIM VILLAGE (Germany) → https://youtu.be/p440DvHTPjg
PARIS HAUL (France) → https://youtu.be/MmjrbwA5wFI
✩ About Me:
My name is Pamme Lim. I'm still deciding my area of expertise to be worth sharing on YouTube, but for now, I often create videos about travel and beauty. More lifestyle videos are definitely on my to-do list. Stay subscribe if this sounds like your cup of tea: http://youtube.com/pammelim
✩ Follow me on my social media:
My Blog → https://pammelim.com
Instagram → https://instagram.com/pammelim
Facebook → https://facebook.com/pammelim
Twitter → https://twitter.com/pammelim
Food Instagram → https://instagram.com/foodloverbk
✩ Contact me:
E-mail → pammelim7@gmail.com
✩ Music → In My Dreams by Lakey Inspired
https://soundcloud.com/lakeyinspired